Kecil Hati Punca Izzue Islam Undur diri???

Tindakan penyanyi, Izzue Islam mengundur diri daripada ahli kumpulannya, Fourteen baru-baru ini telah menggemparkan netizen, malah menimbulkan persoalan kepada anggota kumpulan itu.

Ye lah, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak tarik diri, pelik juga kan?

Sebenarnya, kemelut pengunduran Izzue Islam daripada kumpulan Forteen terjadi apabila salah seorang ahlinya, One mendedahkan, perbalahan berkaitan isu pertukaran lagu pada sebuah konsert tanpa perbincangan membuatkan Izzue berkecil hati.

Malah One juga sempat memujuk Izzue supaya memikirkan semula keputusannya itu, namun tidak diendahkan sehingga dia menangis dengan apa yang berlaku memandangkan sudah tujuh tahun mereka bersama.

Izzue sebelum ini juga mendakwa kecewa kerana dipulaukan oleh ahli yang lain, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk keluar daripada ahli kumpulan tersebut.

Perkara itu turut dinafikan oleh ahli kumpulannya, yang menjelaskan bahawa tindakan mereka itu tidak bermaksud untuk memulau, sebaliknya memberi masa kepada penyanyi lagu Bimbang itu untuk reda dari kemarahan.

Biasalah dalam setiap hubungan berkawan, mesti ada pasang surutnya kan? Tak kisahlah kecik atau pun besar, semua masalah boleh dibawa bincang.

Sebagai contoh masalah lain, setiap antara anda mesti pernah ada kawan yang tak pandai simpan rahsia kan?

Secara tak langsung membuatkan anda mudah tersinggung dan rasa nak putus kawan. Betul tak?

Nak tahu lebih mendalam macam mana nak handle kawan yang suka bocor rahsia? Apa kata anda layari https://www.lunaria.com.my/kawan-suka-bocor-rahsia-nak-putus-kawan-atau/ sekarang!