Kapsyen panas gambar Che Ta dengan Syed Saddiq

Siapa tidak kenal dengan Menteri baru termuda di Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kan? Memiliki wajah kacak seakan bonus buat beliau dan pastinya ramai yang ingin mengikuti perkembangan semasa beliau.

Terbaru, Rozita Che Wan atau Che Ta memuat naik gambar bersama Syed Saddiq di laman instagramnya dengan kapsyen panas sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

“Tahniah @syedsaddiq atas perlantikan. Jom kita pergi jogging ramai ramai tapi pinggang kami dah kecil cemana?

Ada tak yang nak berjogging dengan kami? P/s: mata tu pandang mana?

Kepada makcik bawang yang kata kami test market, hampa ni buta ke apa? Sah sah laki kami pun elok terletak. Pap pap pap! Hahahahhaa. Padiaaaaaaa!”

 

Ha..tudia! Kapsyen “pap pap pap” antaranya mendapat perhatian daripada netizen.

 

Apa pun, kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Syed Saddiq atas perlantikkan beliau dan kita doakan yang baik-baik ya.