“Kalau Bukan Sebab Mak Ayah, Saya Dah Lama Bunuh Diri” -Beha Bongkar Cerita Melawan Kanser

TIADA siapa yang dapat membaca dan meramalkan ketentuan Tuhan. Itulah yang dihadapi oleh Nur Nabihah Mohammad iaitu seorang pejuang kanser Lympoma yang masih terlalu muda sewaktu disahkan doktor menghidap penyakit itu sejak 4 tahun lalu.

Nabihah atau lebih mesra dipanggil Beha merupakan antara pemenang peraduan Shopping Sampai Lebam anjuran Dhia tahun lalu. Beliau sempat menulis untuk menghadiahkan kemenangannya kepada ibu dan ayah yang banyak berkorban semenjak Beha disahkan kanser.

Terpanggil untuk mendalami kisah gadis berumur 25 tahun itu, team Dhia telah ke teratak keluarganya sendiri di Tampin baru-baru ini untuk mendengar kisah selanjutnya.

“Tak terfikir pun akan ada kanser. Mula-mula ingatkan bila selalu batuk, sesak nafas, dan gatal adalah sebab saya penat setiap hari ke kelas.

“Tapi lepas check di hospital dan lalui banyak prosedur yang merenyahkan juga lakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan ada ketumbuhan pada bahagian paru-paru dan jantung,” ujar Beha sewaktu bercerita tentang tanda-tanda awal kanser.

Selepas berpindah dari satu hospital ke hospital yang lain hanya untuk mendapatkan rawatan dan biopsi, akhirnya doktor mengesahkan bahawa Beha yang masih berumur 21 tahun pada waktu itu telah menghidapi kanser Lymphoma tahap satu.

 

Ketahui kisah selanjutnya dengan klik sini.

Penulis: Dhia