Pelakon berdarah campuran, Julia Ziegler akui dirinya tidak sabar untuk melahirkan cahaya mata sulungnya, selepas sah hamil empat bulan sejak Ogos lalu.

Julia yang berkongsi perkembangan terbaru kehamilannya di Instagram memaklumkan keadaannya kini sihat-sihat sahaja, selain kadang-kala mengalami sakit belakang.

Menerusi kapsyen perkongsian tersebut, Julia turut menyatakan usia kandungannya kini sudah pun memasuki 24 minggu dan perasaannya begitu teruja untuk bertemu anaknya itu!

Julia atau nama penuhnya, Julia Bob Fauzi Ziegler berkahwin dengan jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

Didoakan segala urusan bersalin dipermudahkan buat Julia dan semoga bayi serta Julia diberikan kesihatan yang baik.