Jangan Sesekali Mengaku Menantu ‘Rare’ Kalau Tak Buat Perkara Berikut

///
Comments are Off

Menantu seringkali dikaitkan sebagai orang asing yang muncul dalam sebuah institusi kekeluargaan seseorang. Kita sebagai menantu perlu bersiap-sedia menempuh segala cabaran sebab kadang-kadang cara famili kita tak sama dengan famili baru lagi-lagi mentua tau. Jadi macam mana nak pikat hati mentua? Kita kenalah jadi menantu yang “rare” dan lepas tu mesti kita akan dicop menantu kesayangan. Tapi bagaimana?

 

  1. Fokus cerita yang mentua kau cuba sampaikan, kalau ada cerita lawak walaupun kau rasa hambar tapi kau buatlah benda tu paling kelakar dalam dunia… nak lebih dramatik kau ketawa guling-guling depan dia sampai keluar air mata tapi tak payahlah time dia cerita sedih kau nangis beriya-iya, dia nak kau faham isi hati dia je. Pandailah cover macam mana untuk jadi pelakon terbaik.

 

  1. Cuci kereta… Ha! mesti pelikkan? Apa hal nak kena cuci kereta tapi benda ni rare tau. Kalau setakat cuci pinggan mangkuk tu perkara biasa lah, semua orang boleh buat. Cuci kereta tak ramai sanggup, cuba bayangkan mentua kau pakai MPV yang besar-besar tu tak jenuh pulak nak panjat menyental. Nak lagi perform, kau siap cuci enjin sekali. Ni bapak mentua pun kalah.

 

 

  1. Bodek hati mentua dengan ikut ke garden. Lagi-lagi kalau mentua korang yang macam dekat drama-drama tu, setiap petang je ke garden potong bunga ke siram bunga. Inilah masanya untuk tunjuk bakat dengan mengangkat mesin rumput, sebab bila kau tunjuk bakat kau yang tu lega sikit hati mentua kau sebab dia tak payah keluarkan duit untuk bayar bangla potong rumput setiap bulan lagi… kau kan ada boleh buat haha.

 

  1. Dan rasa-rasanya tip ini yang paling ‘rare’ dan praktikal. Apa kata buat FB Live dengan mentua. Jarang tau orang buat, setakat selfie dengan mentua apa kelas. Jadi orang nampaklah yang kau dengan mentua kau ni memang satu kepala, boleh geng. Lepastu buat tutorial masakan menggunakan barangan Saji seperti Minyak Masak Saji , Krimer Pekat Saji, Garam Gunung Saji, dan Sos Cili Saji. Almaklumlah, benda wajib yg perlu ada bulan puasa. Kalau tak ada, hilanglah kualiti dalam masakan. Kebijaksanaan ini yang boleh buat anda dapat anugerah menantu kesayangan