Jaga-jaga! 5 ciri lelaki yang menjadi buruan wanita

DADDY WANNA BE

Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak atau bayi. Lebih-lebih lagi bila tengok lelaki bergurau atau pandai melayan mereka, cair beb. Jangan pulak si gadis cuba berlagak keanak-anakkan semata-mata nak dapatkan perhatian lelaki. Itu dah lain. Gedik namanya dan bakal mengundang penampar. Oopps!

 

ABANG ROMANTIKA

Wanita mana yang tak menginginkan lelaki romantik. Pandai ambil hati, bijak berkata-kata, penyayang dan mengambil berat. Kalau sejenis yang bagi bunga tu, si gadis pasti bangga kan sampai tayang kat IG. Lepas tu semua perempuan dapat tau laki kau romantik, lepas tu kena kebas. Tak ke niaya. Tak yah nak expose sangat boleh?

 

CHEF MACHO

Untungnya wanita kalau dapat lelaki pandai masak kan? Bayangkan suami di dapur sambil sibuk memasak, sambil mengalir peluh jantan semata-mata nak kenyangkan perut si isteri, fuhhh..banggakan? Tapi kalau peluh sampai menitis dalam masakan, dan kau tak lalu makan, pandai-pandai lah kau berdalih demi menjaga hati si jantung hati tu ya

 

PAK LAWAK

Lelaki lucu pasti tidak membosankan. Setiap kali borak ada saja yang menggelikan hati. Kalau ada masalah terus terubat. Kalau ada berlaku pergaduhan pun pasti sekejap kan sebab terhibur. Bergayut di telefon, ketawa tak henti, sampai mak bapak kau hantar pergi hospital ingat gila.

 

ABANG SADO

Lebih mendapat jolokan lelaki sado, wanita pasti mendambakan golongan ini. Mana taknya mereka dianggap lelaki paling seksi, bergaya, macho, kental dan kuat. Dalam situasi genting, mereka boleh jadi pelindung, itupun kalau pandai bertinju macam Manny Pacqiauo dan Lucas Matthysse. Dua peninju berprofil tinggil yang bakal bertarung dalam Kejuaraan Welterweight Kesatuan Peninju Dunia. 15 Julai 2018, mulai 8 pagi di Axiata Arena Bukit Jalil. Untuk ketahui harga tiket dan pembelian secara online layari www.myticket.asia. Tiket juga ada dijual di Axiata Arena bermula 3 Julai 2018. Jumpa di anda sana!