Intan Najuwa Diburu Pihak Polis???

Mesti ada antara anda yang terkejut bila baca tajuk artikel ni kan? Lepas tu tertanya-tanya kenapa pula pelakon, Intan Najuwa ni diburu polis.

Sebenarnya, Intan hanya dipanggil untuk menjadi saksi di mahkamah bagi perbicaraan kes dadah membabitkan seorang kawan dan bukannya dikehendaki polis kerana melakukan jenayah.

Pada mulanya, Intan juga terkejut apabila berita namanya tersebar dan diburu pihak polis atas faktor berkenaan kerana dia tidak pernah terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah.

Malah menurut pelakon Kekasih Paksa Rela ini lagi, dia juga tidak pernah langsung menyentuh barang terlarang tersebut.

Kes itu sebenarnya sudah lama berlaku iaitu kira-kira tiga tahun lalu namun perbicaraan masih lagi berlangsung.

Jadi, jangan buat spekulasi yang bukan-bukan ya! Selepas ini Intan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membersihkan semula namanya.