Ini Sepatutnya Masa Yang Korang Patut ‘Spend’ Dekat ‘Socmed’

KHABAR kawan-kawan kita yang jauh dan lama tak jumpa boleh saja kita tahu melalui alam maya. Ada yang pergi melancong, naik pangkat, bersalin, berkahwin,  atau apa sahaja semuanya ada di media sosial.

Benda-benda macam ini kadang buat kita rasa tak bahagia dan selalu rasa tak cukup sebab asyik bandingkan diri dengan orang lain.

Ini berita baik untuk korang yang selalu rasa down setiap kali tengok media sosial. Caranya ialah korang boleh kawal masa yang korang spend untuk media sosial.

Menurut kajian yang diterbitkan Journal of Social and Clinical Psychology pada Disember tahun lalu mereka yang mengurangkan masa melayari media sosial sehingga 30 minit sehari boleh memiliki keadaan mental yang lebih baik.

Sebuah kajian lain yang dilakukan oleh University of Pennsylvania menunjukkan hasil yang serupa. Mereka yang mengurangkan masa sehingga 30 minit di media sosial dapat meningkatkan rasa bahagia selain dapat mengurangkan rasa kesunyian dan depresi.

 

Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.

Penulis: Dhia