Ini Respon Shaheizy Sam Ketika Diminta Untuk Bawa Watak The Pocket Rocketman

Berita berkenaan dengan kisah perjalanan pelumba basikal negara Azizulhasni Awang, bakal diangkat ke layar perak pada pertengahan 2019 semakin hangat diperkatakan apabila dia meminta Shaheizy Sam untuk melakonkan wataknya itu.

Bagaimanapun, permintaannya itu mendapat maklum balas yang baik selepas Shaheizy memberitahu dia juga teruja ingin melakonkan watak jaguh keirin dunia itu

Jelas pelakon Polis Evo itu lagi, beliau sememangnya meminati dan gemar melakonkan watak yang mempunyai kisah perjuangan.

Saya memang teringin untuk melakonkan watak bagi filem bercorak biografi dan setakat ini saya belum pernah lakukannya.

Filem biografi tersebut dijangka dapat disempurnakan dalam tempoh setahun dan dihasilkan untuk mengangkat ikon negara, sekali gus dijadikan bahan rujukan bagi menyuntik inspirasi kepada masyarakat.

Related image

Jika diberi peluang, saya akan cuba menjiwai watak. Tapi, saya mahu mengenali secara rapat Azizul terlebih dahulu agar berjaya melakonkan watak dengan baik

Shaheizy yang juga berlakon dalam filem Songlap itu berkata, beliau baru sahaja selesai pengambaran Polis Evo 2 dan buat masa ini, beliau tidak terikat dengan mana-mana pengambaran filem.

Leave a Reply