Ini Respon Noorkhiriah Selepas Dikecam Hebat Oleh Netizen Sebab Drama Nur

Hanya kerana watak antagonis yang dilakonkan oleh Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) Noorkhiriah sebagai Aishah menerusi drama rantaian, Nur, yang disiarkan menerusi saluran TV3, dia telah dikecam hebat oleh netizen.

Namun, Noorkhiriah binti Ahmad Shapie atau lebih dikenali Noorkhiriah berkata, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan kecaman yang akan dilemparkan.

Jom kita ikuti sikit babak yang dilakonkan Noorkhiriah:

Babak yang dilakonkan dalam episod tersebut bagaimanapun turut menerima pujian kerana Noorkhiriah telah berjaya menjiwai wataknya sebagai kakak.

Simpan marah tu sikit tau. Akan bakal menyusul yang buat anda lagi panas hati dengan Aishah

Terdahulu, pelakon berbakat besar ini turut menerima kiriman Direct Message di laman Instagram miliknya daripada penonton drama tersebut yang memuji watak Aishah.

Assalamualaikum akak saya minta maaf sebab termarah akak dalam drama Nur. Jadi, maksudnya lakonan akak menjadilah, saya terlepas sampai termaki akak. Saya minta maaf ya saya tak sengaja.

Selain Noorkhiriah, Drama Nur menyaksikan lakonan pelakon berbakat besar seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azhan Rani, Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan Laila Nasir, yang disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Leave a Reply