Ini Komen Syafiq Kyle Atas Kemenangan Fattah Amin

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31)  dengan tema infiniti bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pelbagai kategori telah di pertaruhkan termasuk anugerah Pelakon TV Lelaki Popular yang berjaya dirangkul Fattah Amin.

Namun, tidak ketinggalan nama yang disebut-sebut bakal mengungguli trofi tersebut iaitu Syafiq Kyle.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Syafiq bagaimanapun menafikan dakwaan dirinya kecewa kerana tewas pada suami kepada pelakon Fazura.

Menurut pelakon yang melonjak naik menerusi drama rantaian Nur, dia juga akur dengan keputusan penganjur ABPBH.

Saya percaya semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing dan peminat Fattah juga bekerja keras untuk memastikan kemenangannya pada malam itu.

Mengulas komen rata-rata peminat di laman instagram yang kecewa kerana kekalahannya itu, Syafiq turut menyedari perkara itu.

Saya sentiasa menghargai undian dan sokongan peminat sejak dulu sampai sekarang.

Pada masa sama, Syafiq mengakui dia tidak mengejar populariti dalam bidang seni tanah air, namun sentiasa positif kerana apa yang penting pada dirinya adalah karya yang  dihasilkan serta lakonan meninggalkan kesan mendalam pada penonton.