Ini Cara Aeril Zafril Hargai Isterinya, Wawa Zainal

Hadiah sebab selama ni jaga saya and tak pernah mengeluh jaga anak2 saya… Jangan pernah meremehkan ungkapan terima kasih kepada dan dari seseorang. Kerana terima kasih dapat menunjukkan besarnya rasa syukur kita kepada Allah..

Demikian ungkapan Aeril menerusi satu gambar dan kapsyen yang dimuat naik dalam laman Instagram miliknya semalam.

 

Difahamkan hadiah ini juga adalah bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Wawa ke-27 yang diraikan pada 12 Mac lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurutnya, hadiah tersebut bukanlah sekadar pemberian, malah tanda penghargaan buat Wawa kerana telah menjalankan peranan sebaik mungkin sebagai isteri dalam menguruskan rumah tangga mereka yang dibina sejak 2012.

Jelasnya lagi, kereta tersebut merupakan pilihan Wawa sendiri ketika mereka mengunjungi sebuah pusat pameran kereta jenama tersebut pada awal tahun ini.

Disebabkan itu keterujaan Wawa menjadi berganda apabila mendapat kejutan berupa hadiah kereta idamannya.

Rata-rata pengikut Aeril di Instagram turut meluahkan kegembiraan mereka melihat kebahagian pasangan ini. Malah mereka turut mendoakan agar rumah tangga Aeril dan Wawa berkekalan selamanya.

 

Leave a Reply