Ini 5 Iklan Raya Paling Epik Dan Bermakna Bagi Tahun 2018

///
Comments are Off

Baju raya dah siap tempah, duit raya dah masuk dalam sampul, biskut raya dah masuk dalam balang, ketupat dan kuah kacang pun dah siap dimasak, tapi tak lengkap setiap kali raya tanpa iklan-iklan raya dari pelbagai organisasi kan?

Setiap iklan yang dihasilkan mesti tampil memberikan mesej, identiti dan mood raya. Tahun 2018 ini menyaksikan banyak iklan raya yang begitu menarik perhatian rakyat Malaysia. Antaranya:-

      1. Hot FM – Mana Angah?

Iklan yang berdurasi 5 minit ini telah memaparkan keakraban sesebuah keluarga walaupun seorang daripada anaknya merasakan dia disisihkan. Selain daripada barisan penyampai radio, iklan berkenaan turut diserikan oleh pelakon hebat termasuk Jalil Hamid, Fazlina Ahmad Daud dan pendatang baru Farah Nabila.

      1. Tenaga Nasional Berhad (TNB) – Rumah Epik Fantastik

Selepas berjaya menarik perhatian netizen dengan kisah Aida tahun lepas, tahun ini TNB mempersembahkan Rumah Epik Fantastik, sebuah iklan raya komedi namun sangat dekat dengan kita. Mesti anda pernah berhadapan dengan situasi tidur ramai-ramai di ruang tamu kampung, namun itulah yang paling dinanti dan dirindui ketika sambutan aidilfitri.

      1. Habib Jewel

Jalan cerita yang sangat kreatif ini berjaya menyentuh hati netizen dengan memasukkan elemen flashback didalamnya. Video yang berdurasi 3:52 ini turut menggunakan 2 orang sebagai watak utama iaitu nenek yang telah membesarkan cucunya dengan keringatnya sendiri. Menyedari perkara berkenaan, cucunya telah mengambil inisiatif untuk bekerja keras, bagi membalas jasa baik neneknya.

      1. Telekung Siti Khadijah

Iklan raya Telekung Siti Khadijah tahun 2018 agak menarik kerana anda pasti terkejut dengan plot twist dihujungnya. Menggunakan pelakon berkaliber seperti Fauziah Nawi dan pelakon berbakat, Fikry Ibrahim, jenama telekung solat terkenal ini bijak bermain dengan emosi penonton.

      1. CIMB – Tanam Cempedak Tumbuh Nangka

Kalau tentang berjiran, memang ramai yang pernah mengalaminya. Sama ada jiran anda tak baik ataupun baik, muafakat sesama jiran itulah paling penting dalam melahirkan kejiranan yang harmoni.