“Ingat Emma Maembong” Ramai Puji Kecantikan Ibu Zahirah Macwilson

Kejelitaan pelakon Zahirah Macwilson sentiasa menjadi perhatian umum. Walaupun usianya baru menginjak ke 24 tahun, Zahirah memiliki paras rupa yang sangat matang.

Bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ternyata, kecantikan paras rupa Zahirah diwarisi daripada ibunya, Maslinda Yusoff.

Jika terdahulu Zahirah sering dilihat bergambar dengan ayahnya, kali ini pelakon tersebut ada berkongsi foto bersama ibunya pula.

Related image

Terbaru, menerusi akaun Instagram miliknya, Zahirah ada menyatakan rasa rindu kepada ibunya yang berada di Perth, Australia itu setelah 7 bulan tidak bertemu.

Zahirah turut berkongsi beberapa keping foto ibunya di laman sosial tersebut.

Perkongsian tersebut sekaligus telah menarik perhatian warganet yang begitu kagum dengan kecantikan ibu Zahirah yang di katakan mempunyai wajah seiras dengan Emma Maembong.

Terbaru Zahirah sedang sibuk dengan penggambaran sebuah drama yang diadaptasikan daripada sebuah novel.

Menerusi drama tersebut, dia turut akan digandingkan bersama teman lelakinya iaitu Aiman Hakim.