“Henti Lagakan Kami” – Zahirah Macwilson

Bukan sekadar kontroversi mengenai pakaian, nama pelakon yang popular menerusi drama rantaian Jangan Benci Cintaku itu turut dikaitkan apabila didakwa bermasalah dengan aktres Rita Rudaini.

Malah mengikut laporan sebuah akhbar tempatan, Rita turut dikatakan enggan bekerjasama dengan Zahirah pada sebuah anugerah baru-baru ini.

Tidak mahu terus-menerus membuat spekulasi yang tidak benar, anak kepada pelakon Zainol MacWilson itu menjawab tuduhan yang membabitkan namanya.

Jelas Zahirah, dia sama sekali tidak kenal rapat dengan Rita dan belum pernah bekerja dengannya.

Saya memang terkejut dengan khabar angin kononnya dia cemburu dengan kejayaan saya.

Namun, Zahirah menyatakan dia menghormati Rita sebagai artis senior kerana menurut Zahirah yang baru tiga tahun berkecimpung dalam industri hiburan, dia belum pernah lagi bergaduh  dengan mana-mana individu.

Zahirah turut menegaskan dia tidak pernah bertemu dengan Rita dan sehingga kini tertanya-tanya bagaimana berita palsu itu boleh timbul.

Orang luar jangan cuba untuk melaga-lagakan kami.

Bagaimanapun, Zahirah masih berfikiran positif dengan menyatakan gosip, fitnah dan kontroversi adalah lumrah dalam kehidupan selebriti.

Menurut Zahirah, dia menyertai industri lakonan dengan harapan mahu mencari rezeki dan tidak mahu bergaduh atau bermasam muka dengan rakan artis lain.