Helikopter Dinaiki Pengantin Terhempas, Tapi Majlis Kahwin…

Sebuah helikopter yang membawa pengantin perempuan dilapor telah terhempas dan terbakar di utara Sao Paulo, Brazil, pada Sabtu lalu.

Ia bagaimanapun tidak menjejaskan majlis perkahwinan kerana pengantin membuat keputusan untuk tetap mahu meneruskan majlis tersebut.

Menurut Daily Mail, detik penuh bersejarah dalam majlis perkahwinan itu sempat dirakam beberapa tetamu yang hadir ketika menunggu kedatangan pengantin perempuan.

Juruterbang pengangkutan udara terbabit menyatakan dia gagal mengawal helikopter itu ketika mahu mendarat di sebuah ladang anggur tempat majlis tersebut berlangsung.

Helikopter yang membawa empat orang termasuk pengantin terhempas dengan tiba-tiba menyebabkan orang ramai bertempiaran lari dan sebahagiannya segera mendapatkan mangsa.

Nasib menyebelahi mangsa selepas dia berjaya dikeluarkan dan diselamatkan dari helikopter tersebut sebelum api marak.

Pihak bomba melaporkan semua penumpang kecuali pengantin hanya mengalami cedera ringan.

Terdahulu, insiden yang hampir sama berlaku melibatkan sepasang pengantin di Brazil maut apabila helikopter yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terhempas

Leave a Reply