Haqiem Rusli Delete Gambar Di Instagram

///
Comments are Off

Mungkin semua peminat Haqiem Rusli sudah mengetahui akan niat Haqiem untuk berhenti menyanyi. Hasratnya itu pernah diluahkan menerusi sebuah gambar di  instagramnya. @haqiemrusli98_ menulis caption,

“€Pengumuman penting kepada semua, sudah lama saya tunggu saat ini, dalam keadaan sekarang atau waktu yang tepat.

“€Saya ingin memberitahu mengenai posisi saya dalam industri muzik, berhenti atau tidak. Pada awal bulan Julai saya akan memberikan jawapan sepenuhnya. Banyak perkara yang berlaku apabila saya dalam industri muzik. Mereka yang bercakap senang tapi saya rasa sakit dan perit.Haqiem juga memutuskan untuk berehat daripada sosial namun masih akan menjayakan tawaran persembahan.
 
Buat masa sekarang, saya mahu berehat daripada media sosial dan pada 24 Jun akan hadirkan diri untuk persembahan di Ipoh. Mungkin ia akan menjadi persembahan terakhir saya sebagai penyanyi. 70 peratus diri saya sudah mengatakan ya tapi apa-apa boleh berlaku. Haqiem turut memohon maaf kepada peminatnya dan berharap mereka faham dengan pelbagai kesukaran dilaluinya kebelakangan ini. Kepada Qiemilio, jangan marah dan harap faham keadaan saya. Anda pun tahu saya berhadap depresi sejak awal tahun dan ia terus berlaku sehingga sekarang. Bukan depresi saja, macam-macam lagi. Keluarga serta pihak FMC sudah memberi rehat kepada saya untuk berfikir sehingga hujung bulan Jun. Tunggu saya akan beritahu keputusan pada awal Julai nanti.”

Thank you for loving me and thank you for your concern.I will think about it.

A post shared by (@haqiemrusli98_) on

Ini gambar terbaru yang dimuat naik oleh Haqiem di instagramnya semalam. Haqiem Rusli juga telah memadam hampir kesemua gambar di instagram miliknya dan kini hanya tinggal 2 gambar sahaja. Akan tetapi masih aktif memuat-naik video di instagram story. Di twitter pula, @HaqiemRusli masih lagi melayan peminatnya dan aktif seperti biasa.

Ini antara tweet terbaru daripada Haqiem Rusli semalam. Perasan tak? Ada Irfan Haris juga tu.
Apa-apa pun sama-samalah kita nantikan pengumuman daripada Haqiem Rusli pada bulan Julai nanti sama ada akan terus menyanyi atau berhenti.