Gong Yoo Kongsi Adakah Dia Akan Berlakon Untuk Goblin Musim Ke-2?

///
Comments are Off

Pada 24 Jun tempoh hari, Gong Yoo telah menghadiri sebuah majlis di Taiwan yang dihadiri kira-kira 1000 peminat yang hadir untuk berjumpa dengannnya.

Nampaknya Gong Yoo benar-benar bercuti sejak tamat tayangan drama paling popular Goblin pada Januari tahun lalu. Lebih kurang setahun lima bulan semenjak lakonan terakhirnya, pastinya para peminat ingin mengetahui apakah projek terbaru yang akan dilakonkan oleh Gong Yoo.

Apabila ditanya apakah perancangan Gong Yoo seterusnya? Dia menjawab,

“I hope to greet everyone again with a good project soon, whether it’s with a movie or a drama,” 

Tambahnya lagi,

“I’m being very careful and thorough in choosing a new project because I received so much love through ‘Goblin.’”

Gong Yoo juga berjanji kepada peminatnya untuk kembali dengan berkata,

“I actually spoke with my agency before flying here about my next project.”

Ditanya adakah dia akan kembali melakonkan watak yang sama untuk drama Goblin sekiranya drama itu kembali untuk musim yang kedua. Dia menjawab,

“There probably aren’t plans for a second season, but if there were and I received an offer, I don’t see any reason for me to say no.”

Kemungkinan besar tiada sambungan untuk musim kedua drama Goblin. Apa-apa pun untuk peminat Gong Yoo, pastinya dia akan kembali dengan drama atau filem terbaru dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Soompi