Walaupun sudah berpisah namun namanya masih dikaitkan dengan pelbagai kontroversi bekas kekasihnya Fathia Latiff. Namun begitu, pelakon Aiman Hakim Ridza memilihuntuk tidak masuk campur atau ambil peduli tentang masalah tersebut.

“Bukan masalah saya untuk ambil tahu apa yang berlaku. Memang saya terdengar beberapa isu dikaitkan dengan Fathia, tetapi saya bukan jenis yang suka menjaga tepi kain orang lain.

“Daripada ambil peduli gosip mengenai yang diperkatakan, lebih baik saya fokus kepada diri dan kerjaya,” katanya.

Aiman bagaimanapun, masih belum terfikir untuk mencari pengganti selepas hubungan mereka kecundang di pertengahan jalan.Bukan kecewa, sebaliknya, Aiman lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerjaya, berbanding memikirkan soal cinta.

“Kami masih berkawan, cuma tidak lagi berhubung. Malas fikir mengenai cinta kerana ada hal lain yang lebih penting. Saya selesa begini, biarpun masih sendiri.

Say what?

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on

“Saya perlu fokus kepada kerjaya kerana banyak yang perlu dilakukan untuk membantu industri. Sebagai contoh, masalah skrip yang kebelakangan ini diambil mudah dan sambil lewa oleh segelintir pihak.

“Sebagai pelakon, saya dibayar untuk memberikan yang terbaik. Tetapi, bagaimana mahu melakukannya jika saya menerima tawaran yang boleh menjejaskan reputasi sebagai pelakon?,” katanya.

Aiman berkata, dia juga kini mahu memberikan fokus penuh kepada lakonan dan menganggap kerjaya nyanyian sebagai kerjaya sampingan.

 

 

 

Bharian

Leave a Reply