Farah Hazel Rancang Kahwin 2 Tahun Lagi

Penyanyi lagu Setiaku Pasti, Farah Hazel mendedahkan sudah mempunyai teman istimewa dan kini dalam proses mengenali hati budi.

“Sekarang ini kita kawan-kawan dulu kenal hati budi, soal jodoh saya serahkan kepada Allah,” katanya.

Farah yang merupakan kakak kepada penyayi popular, Aiman Tino itu juga merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa 2 tahun lagi.

“Semua orang ada impian nak kahwin, bagi saya kalau ada jodoh ada lah! Perancangan mendirikan rumah tangga mungkin dua tahun lagi,” ujarnya.

Menurut Farah, jejaka tersebut memahami kariernya sebagai anak seni dan hubungan mereka sudah pun mendapat restu dari pihak keluarga.

“Setakat ini dia memahami apa yang saya buat dan apa saya perlu buat dalam industri. Malah, famili saya pun kenal dan merestui persahabatan kami,” luahnya lagi.

Didoakan semoga hubungan Farah Hazel dan jejaka pilihan hatinya itu berkekalan sehingga ke jinjang pelamin okay.