Fara Hezel Mengaku Sedang Bercinta Dengan Erry Putra?

Desas-desus mengenai penyanyi Fara Hezel dan pelakon Erry Putra dikatakan menjalin hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu akhirnya terjawab apabila kakak kepada Aiman Tino itu mengakui perkara berkenaan.

Image result for erry putra

Fara atau nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri berkata dia dan Erry mula berkenalan menerusi Instagram sejak lima bulan lalu.

Buat masa ini, masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Menurut Fara, dia belum memikirkan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius malah, keluarganya juga tidak pernah masuk campur tentang hubungannya.

 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Setiaku Pasti ini berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang komunikasi pada tahun hadapan selepas menamatkan diplomanya tahun lalu.

Mungkin selepas ini saya nak sambung dalam jurusan komunikasi pula atau teruskan je bidang perniagaan

Fara telah menamatkan pelajaran adalam jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang, Perak pada tahun lalu.

Leave a Reply