Eyra Hazali Berhijab. Ini Sebabnya

Isnin lalu, pelakon muda, Eyra Hazali membulatkan hati untuk berhijab.

Ini selepas setahun dia ‘berperang’ dengan perasaan sendiri memikirkan kewajipan menutup aurat yang dituntut agama.

“Niat untuk berhijab sudah lama disimpan sejak setahun lalu. Bagaimanapun, ketika itu, saya masih ‘berperang’ dengan perasaan sendiri,” katanya. 

Sementara itu, Eyra menjelaskan dia memakai hijab atas kerelaan sendiri selain tekad tidak lagi mahu terus memalit dosa kepada bapanya jika tidak menutup aurat dengan sempurna.

“Selepas terbaca sepotong ayat berkaitan hidayah yang diberi Allah, selain tidak mahu berterusan memalit dosa kepada bapa jika tidak menutup aurat, akhirnya, subuh kelmarin, saya memutuskan memakai tudung,”ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Eyra yang juga tunang kepada penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli, 21, bakal disatukan, November depan selepas setahun bercinta.

Semoga Eyra terus istiqamah dengan keputusan yang dibuat.