Dynas Mokhtar Rajin Ke Dapur Walaupun…

Pelakon tinggi lampai, Datin Dynas Mokhtar banyak berkongsi kisah kehidupan sehariannya di laman Instagram termasuk aktiviti memasak.

Biarpun kini sarat hamil enam bulan, Dynas tetap rajin masuk ke dapur untuk memasak dan cuba resipi baru.

Dynas berkongsi video memasak di laman Instagram

“Rasa seperti mahu masak sesuatu. Jadi, saya buat menu kesukaan suami iaitu Ayam goreng kunyit,” ujarnya.

Namun, sepanjang tiga bulan pertama kehamilan Dynas mengakui dia langsung tidak memasak kerana mempunyai alahan dengan bau yang pelik.

 “Semasa tiga bulan pertama kehamilan, saya memang langsung tidak boleh memasak. Saya tidak tahan dengan boleh bau yang pelik. Sekarang sudah rajin ke dapur,” katanya.

Dynas dijangka bersalin pada bulan Mei depan selepas mendirikan rumahtangga bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Mohamad Shazrik Che Mohd. Din pada tahun lalu.

Untuk pengetahuan, pelakon filem Bella & Jamie ini juga mempunyai dua orang cahaya mata, Khayra Khalyssa dan Mohamed Haqaish hasil perkahwinannya yang terdahulu.