Drama Lakonan Syafiq Kyle Tak Dapat Diteruskan Kerana…

Satu drama yang berjudul Taubatku akan bersiaran pada malam raya kedua menerusi saluran TV3, menyaksikan pelakon sensasi Syafiq Kyle bakal menerajui drama tersebut bergandingan bersama Farah Nabilah.

Bagaimanapun, desas-desus mengatakan watak Syafiq bakal digantikan dengan Remy Ishak selepas nama pelakon itu dikaitkan dengan satu isu video yang tular di laman sosial.

Namun, pengarah drama Heykal Hanifah menafikan dakwaan terbabit, sebaliknya nama Syafiq masih tersenarai untuk watak hero iaitu Ismail.

Sebenarnya, pada hari yang sepatutnya Syafiq mulakan penggambaran, heroin drama ini, Farah Nabilah mengalami alahan dan bengkak di wajahnya. Justeru, penggambaran drama itu tidak dapat diteruskan mengikut jadual kerana saya terpaksa mencari pelakon lain menggantikan watak Farah itu.

Menurut Heykal, dia sudah mendapat lampu hijau daripada pihak stesen untuk meneruskan penggambaran drama Taubatku seperti yang dirancangkan.

Image result for syafiq kyle

Heykal turut memnyatakan Syafiq ialah pelakon yang bagus dan merendah diri, selain mereka berdua sudah banyak kali bekerjasama.

Saya percaya dia mampu menjiwai watak Ismail yang berat dan banyak bermain dengan emosi dalam drama Taubatku ini.

Heykal menjelaskan jika Syafiq mempunyai masalah, pada kebiasaannya dia akan hubungi pengarah terbabit untuk meminta nasihat.

Leave a Reply