Pelakon Elizad Sharifuddin bertindak menegur individu yang menghina bentuk tubuh badannya yang disamakan seperti papan menerusi laman Twitter miliknya baru-baru ini.
Pemilik nama sebenar Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata, penghinaan tersebut dianggap keterlaluan dan tidak boleh diterima.
Nak hina benda lain saya ok lagi ?Cuma jgn sentuh bab family & fiZikal saya je hokayhhh . Kurus mcm papan punnn kejadian Allah yg bagi . Mulut makcik cantekk naww kee ?? Ok lah bg chan nak pemes kerana mulut awak yg menghina saya tu ? pic.twitter.com/9RucewolBn
— Elizad Sharifuddin (@elizad_official) April 11, 2018
Elizad turut memuat naik profil Instagram milik individu tersebut yang menggunakan nama Melly Mel.
Menerusi sebuah komen, individu itu menulis perkataan berbaur hinaan terhadap bentuk badan di Instagram pelakon yang popular menerusi drama bersiri Teman Lelaki Upahan itu.
Sementara itu, menurut Elizad individu berkenaan melakukan penghinaan tersebut disebabakan kurang didikan yang sempurna.
Terima kasih atas kejian, takut esok Allah tarik kelebihan yang ada pada awak, sekurang-kurangnya saya tidak hina orang. Semoga tuhan berkati hidup awak.
Sabar la ya Elizad. Mulut orang ni memang tak boleh tutup. Yang penting, bagi pihak Hot FM, Elizad memang cantik letop bom!