“Definitely Yes” – Nadia Brian

Pelakon, Nadia Brian berkongsi detik paling indah apabila dilamar kekasih hati ketika mereka sedang bercuti bersama keluarga di Paris baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram, Nadia memuat naik sekeping foto dirinya bersama pasangannya yang dikenali sebagai Muizz Nasruddin di hadapan menara Eiffel.

“Definitely YES,” tulisnya di Instagram.

So romantic! Nadia juga mengaku terkejut apabila dia dilamar dengan cara begitu kerana kebiasaannya dia hanya menonton detik indah sedemikian di kaca televisyen.

“Jujurnya, saya sangat terkejut dan pada masa sama terharu dengan kejutan manis dilakukannya. Saya selalu melihat wanita lain menerima kejutan manis atau menonton detik indah sedemikian di kaca televisyen, kini saya pula yang mengalaminya,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia juga mengakui sangat bersyukur dan berharap agar hubungan mereka kekal bahagia sehingga ke jinjang pelamin.

“Saya sangat bersyukur dan kini berharap semoga semuanya menuju ke penamat yang indah,”ujarnya lagi.

Untuk pengetahuan, Nadia mengenali kekasihnya menerusi teman baik yang juga pelakon, Ainul Aishah, kira-kira dua tahun lalu.

Didoakan semoga Nadia cepat-cepat naik pelamin ya!