Cara Elakkan Pin Tudung ‘MIA’

Pin tudung ni macam biskut, kejap ada kejap tak ada! LUNARIA ada idea macam mana korang nak pastikan pin tu tak hilang lagi lepas ni..

SIMPAN DALAM BEKAS

Sumber gambar: Harian Metro

Sediakan satu bekas khas untuk letak pin tudung. Tak kisah bekas apa pun, asalkan muat untuk letak pin tudung korang tu.. Biasanya ada je jual dekat kedai tudung and banyak corak yang cute! Tinggal pilih je.. hihi!

JANGAN KELUARKAN SEMUA

Sumber gambar: Pictame

Korang pantang nampak kedai jual pin tudung murah? Suka beli borong sekali 20 pin? Haa sebelum tu, simpan beberapa pin dekat tempat lain dan jangan campur dengan pin yang korang nak pakai. Tujuannya untuk elakkan korang panic bila pin dah ‘hilang’, at least ada lagi spare pin yang lain!

Nak tahu tip lain yang lebih menarik? Klik sini

Penulis: Lunaria