Captain Marvel menceritakan tentang Carol Danvers, seorang US Air Force fighter pilot yang juga merupakan salah satu superhero paling kuat yang Marvel pernah keluarkan iaitu Captain Marvel. Ok lah aku tak nak spoillebih-lebih storyline dia but aku nak share beberapa fact yang korang perlu tahu sebelum korang pergi tengok Captain Marvel nanti.

NICKNAMES

 

Kalau korang nak tahu, Captain Marvel ni sebenarnya ada banyak nama. First sekali adalah nama betul dia iaitu Carol Danvers yang merupakan seorang US army pilot. Yang kedua adalah Vers, nama panggilan yang diberikan bila dia dibawa ke Planet Halaplanet tempat tinggal bangsa Kree. Yang terakhir adalah Ms Marvel, nama yang diberikan dalam komik Ms Marvel isu 1 pada tahun 1977 sebelum dia menggunakan nama Captain Marvel.

MARVEL VS DC

Marvel dengan DC dulunya memang tak sebulu. Fans dorang pun sampai sekarang duk bergaduh bila ada movie–movie baru dikeluarkan dan Captain Marvel pernah menjadi salah satu sebab Marvel dengan DC ni bergaduh dulu. Kalau korang nak tahu, watak superhero Captain Marvel pada mulanya dicipta oleh Fawcett Comics tapi dorang telah disaman oleh DC sebab dikatakan watak tersebut hampir sama dengan watak Superman kepunyaan DC.

Selepas kena saman, DC telah membeli watak Captain Marvel daripada Fawcett Comic dan kemudiannya ditukar nama menjadi Shazam. Kemudiannya Marvel telah membeli trademark perkataan Captain Marvel. Untuk memastikan Marvel menjadi pemilik trademark ini, Marvel kena keluarkan komik bertajuk Captain Marvel sekurang-kurangnya 1 komik dalam masa dua tahun!

 

Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.

Penulis: The Laki