Buat ‘cover’ Sufian Suhaimi, Cc Elfira Loy, Fathia saja bikin panas!

Trending no 2 kini di Youtube apabila Fathia Latiff merakam ‘cover’ lagu Di Matamu dendangan Sufian Suhaimi. Berbeza dengan cover lagu yang lain, cover yang dirakamkan ini adalah versi balasan atau jawapan kepada lagu Di Matamu.

Lebih mengejutkan, Fathia berkonsi link youtube cover tersebut dengan ‘cc’ kepada bekas tunang Sufian Suhaimi, Elfira Loy.

Elfira yang juga mungkin terkejut dengan tindakkan Fathia memberi maklum balas dengan bertanyakan sebab Fathia berbuat demikian.

“Why do you have to cc me?”

Dan Fathia bersahaja menjawab bahawa ‘cover’ tersebut adalah lagu balasan dan liriknya telah ditukar.

 

Tindakkan Fathia ini juga telah membuatkan beberapa netizen marah kerana dia seakan ingin masuk campur hal peribadi Sufian dan Elfira.

 

Sehingga kini lagu ‘cover’ tersebut telah mendapat lebih 419,836 tontonan di Youtube sejak dimuat naik pada 30 Mac lepas.

 

 

 

 

Leave a Reply