BTS kumpulan Kpop pertama menakluki Billboard 200!

Annyeonghaseyo!  BTS terus mencetuskan fenomena apabila menjadi kumpulan K-Pop pertama berjaya mengungguli carta album Amerika Syarikat, sekali gus meneruskan pengaruh perkembangan genre itu pada peringkat global.

Kumpulan itu berjaya mencatat peristiwa penting  selepas menduduki tangga pertama carta muzik Billboard 200 menerusi jualan album, muat turun lagu dan penstriman.

Ini adalah julung kali band yang dianggotai tujuh anak muda itu berada di tangga pertama dan lebih menarik, menjadi album K-Pop pertama berada di kedudukan terbabit.

Secara ringkas, sehingga 24 Mei lalu, album itu sudah dijual sebanyak 135,000 unit di Amerika Syarikat (AS) sejak dilancarkan pada 18 Mei lalu.

Apa yang boleh dikatakan mengenai Love Yourself: Tear, sambutan yang diberikan peminat seluruh dunia di luar jangkaan.

Daripada 135,000 unit yang diterbitkan, 100,000 unit dijual secara album fizikal dan selebihnya secara online.

Album itu juga umpama kemunculan semula album bahasa asing yang berada di tangga pertama carta itu sejak 12 tahun lalu.

Terbaru, kumpulan itu memenuhi undangan sebagai tetamu program temu bual popular The Ellen DeGeneres Show buat kali kedua.

 

 

 

 

Leave a Reply