Betul ke Perth lokasi percutian mesra muslim? Ikuti perkongsian ini

Bercuti di luar negara sangat mencabar bagi rata-rata pelancong Muslim jika membabitkan negara yang agama rasminya bukan agama Islam. Masalah utama yang sering dikaitkan adalah kesukaran mencari tempat solat dan makanan halal. Tetapi berbeza di Perth, Australia Barat. Kami akan buktikan kepada anda kenapa Perth boleh dikatakan sebagai lokasi percutian yang mesra muslim.

 

Banyak restoran menyediakan makanan Halal

Bukan sahaja makanan Halal tetapi anda juga boleh dapatkan aneka hidangan Malaysia tau. Berkunjung sahajalah ke Insan’s Café yang terletak di Murray Street. Daripada Nasi Goreng Kampung, Roti Canai, Sate dan macam-macam lagi menu yang pasti kena dengan citarasa anda ada disediakan di sini. Selain itu, jika anda melawat bandar Fremantle, jangan lupa singgah ke Kaili’s Fish Market untuk menikmati hidangan seafood yang cukup terkenal di kalangan pelancong Malaysia. Jangan risau, tiada alkohol digunakan dalam masakan di sini, tetapi lebih kepada bawang putih dan cuka sahaja. Dan, anda jangan terkejut jika anda lihat ada restoran Mc’Donalds di Malaga yang memaparkan sijil Halal di premis mereka. Ini kerana, ramai komuniti beragama islam tinggal di sini.

 

 

Kemudahan Tempat Solat

Bercuti tu bercuti jugak, tanggungjawab utama anda sebagai seorang muslim jangan lupa tau, barulah percutian anda tu diberkati. Di sini, tiada alasan untuk anda katakan tidak ada tempat untuk menunaikan solat. Mana tidaknya, sesampai je anda di bumi kangaroo ini, anda boleh terus melaksanakan solat kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Perth menyediakan bilik solat. Ia terletak di luar pintu ketibaan berhampiran dengan tandas. Jika anda berkunjung ke Watertown Brand Outlet pula, jangan risau untuk habiskan masa anda cuci mata dan beli-belah tak ingat dunia di sini, sebab ruangan solat juga disediakan. Oh ya, jika anda nak tahu, Masjid tertua di bandar raya Perth juga lokasinya sangat strategik untuk dikunjungi, selain beberapa lagi masjid di Rivervale, Mirrabooka, Beechboro dan Hepburn. Google je lokasi masjid di sini, pasti ada banyak pilihan untuk anda kunjungi.

 

Banyak Pilihan Homestay Muslim

Jika anda tidak mahu tinggal di hotel kerana ragu-ragu dengan tahap “kebersihan”nya, anda ada pilihan untuk menyewa di Homestay Muslim. Selain kos yang lebih rendah, anda boleh masak dan makan tanpa perlu untuk memikirkan sama ada anda perlu samak peralatan memasak yang disediakan kerana ia dijamin suci dan bersih sebab ia dikendalikan oleh orang Malaysia yang menetap di Perth. Oleh sebab itu, rata-rata Homestay Muslim terletak di lokasi yang strategik, anda mudah untuk mendapatkan makanan dan barangan runcit Halal di sekitar kawasan Homestay. Antara Homestay Muslim yang terkenal di kalangan pelancong Malaysia adalah SwanVallley Muslim Homestay, Bedford Muslim Homestay, Balga Muslim Homestay, WestMinster Muslim Homestay, Belmont Forum Muslim Homestay dan banyak lagi.

 

Menzahirkan Rasa Cinta Pada Haiwan & Alam

Bagi anda yang sukakan haiwan, anda mesti tidak lepaskan peluang untuk melihat sendiri haiwan-haiwan comel dan unik di Toodyay. Kenapa kami katakan unik? Ini kerana anda tidak akan dapat melihat Alpaca atau Kangaroo berkeliaran di mana-mana ladang di Malaysia. Haiwan ini merupakan simbol negara Australia, jadi wajiblah selfie untuk kenang-kenangan. Kami sarankan anda menginap satu malam di Farm Stay, Toodyay untuk merasai sendiri pengalaman tinggal di ladang dengan suasana yang begitu nyaman dan segar. Ambil peluang untuk bermesra dengan haiwan-haiwan ini dengan memberi makan dan membelai mereka dengan penuh kasih-sayang. Kami tahu anda seorang yang penyayang.

 

 

Mengenali Keunikan & Keajaiban Ciptaan Maha Esa

Orang kata jauh perjalanan luas pengalaman. Jika anda berkunjung di Perth, anda boleh menikmati dan melihat sendiri keunikan serta keajaiban beberapa lokasi wajib dikunjungi di sini. Antaranya, Pinnacles Desert di bahagian utara Perth. Siapa sangka, di sini terdapat batuan-batuan berdiri di atas tanah yang sangat kukuh dan lebih mengagumkan, ia terhasil daripada fenomena hakisan air dan angin. Hebat bukan? Tip untuk anda yang berhasrat untuk berkunjung ke sini, jangan lelapkan mata walau sedetik kerana anda mungkin terlepas pemandangan indah di sepanjang perjalanan. Selain itu, anda boleh juga menikmati pemandangan sekitar bandar Perth di Kings Park. Anda pasti teruja melihat kehijauan dan pembangunan bandar Perth yang begitu teratur dan cantik.

 

 

Komuniti Islam Yang Ramai

Anda pasti tidak akan rasa terpinggir di bumi asing ini jika berkunjung ke Fremantle. Ini kerana ramai peniaga di E-Shed Market Fremantle boleh berbahasa Melayu. Jadi, lebih senanglah untuk anda membeli saguhati seperti barangan kraftangan dan seni sebagai kenang-kenangan dari bumi Perth untuk rakan-rakan dan saudara-mara di Malaysia nanti. Walaupun tiada masjid disini, namun ada sebuah dewan di belakang gereja yang disewa oleh komuniti islam di sini khas untuk mereka menunaikan solat. Nampaknya, penduduk di sini sangat memahami keperluan komuniti islam.

Tunggu apa lagi, cepat kemas beg dan barang anda dan tempah tiket penerbangan ke Perth, Australia Barat sekarang. Oh ya, kami ada tip bagaimana nak jadikan percutian anda lebih bermakna. Layari malindoair.com untuk dapatkan penerbangan yang sangat berbaloi. Kalau anda nak tahu, Malindo Air ada 14 penerbangan ke Perth setiap minggu termasuk daftar Masuk bagasi 25 KG, hiburan dalam perjalanan, hidangan dalam penerbangan, ruang kaki yang lebih luas dan selesa PERCUMA. Menarik kan? Jom bercuti ke Perth, Australia Barat bersama Malindo ! Jangan lupa baca doa menaiki kenderaan sebelum berlepas tau.

Layari Malindoair.com untuk maklumat lanjut