Berita Anita Sarawak Bercerai Hanyalah Fitnah Dan Rekaan- Noor Kumalasari

Pelbagai tanda-tanya dan spekulasi timbul selepas penyanyi popular, Anita Sarawak dikatakan hilang daripada industri seni sejak tahun 2011.

Spekulasi tersebut termasuklah Anita dikatakan sudah bercerai dengan suaminya, Mahathir, dan kini menghidap penyakit kanser.

Namun, adik tirinya Noor Kumalasari, yang juga merupakan pelakon dan penyanyi popular era 1980-an menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Malah, Noor juga menyatakan itu semua hanyalah fitnah dan rekaan semata-mata oleh orang ramai terhadap Anita.

“Semuanya tipu! Ia tidak lebih daripada berita panas yang direka-reka. Lagi mereka buat fitnah dan menyebarkan gosip yang tidak benar, selagi itulah Allah SWT mengurniakan Kak Nita kesihatan yang baik” ujarnya.
“Berita yang mendakwa Kak Nita dan suaminya, Mahathir Abdullah sudah bercerai juga hanyalah fitnah dan rekaan,” luahnya lagi.

Selain itu, Noor turut memaklumkan Anita masih lagi menetap di Amerika Syarikat dan aktif dalam bidang perniagaan jual beli hartanah bersama suaminya.

Adik-beradiknya juga sering berhubung dengan Kak Nita dan  hubungan mereka tidak pernah terputus malah kekal baik hingga hari ini.

“Dia tidak menghubungi saya kerana dia tahu, kalau orang ramai tahu, mereka akan mencari saya. Jadi, dia banyak menghubungi kakak saya” ujarnya.

Apa-apa pun, diharapkan netizen tidak sesekali membuat spekulasi melulu tanpa usul periksa dan didoakan semoga Anita Sarawak sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera.