Bella Dally Nafi Kongsi Foto Seksi Di Laman Instagram

Baru-baru ini, pelakon, Bella Dally memuatnaik satu foto dirinya di laman Instagram dan foto tersebut menjadi perhatian orang ramai apabila dikatakan menampakkan bahagian dadanya.

Bella hanya mampu tergelak apabila ibunya memaklumkan perkara tersebut kepadanya kerana tidak mungkin dia akan memuatnaik sesuatu gambar sebelum menelitinya terlebih dahulu.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan juga ada menulis artikel mengenai kekeliruan netizen tentang pemakaian Bella yang dilihat agak seksi.

Namun, Bella yang tidak cepat melatah ekoran kontroversi yang ditimbulkan oleh pengikutnya di laman sosial turut menjelaskan perkara sebenar menerusi laman Instagram miliknya.

“Ibu hantar ini (paparan sebuah artikel) pagi tadi, lepas itu saya tergelak šŸ˜…”

Come on guys, awak fikir saya orang yang terlalu cuai dan sanggup memuatnaikĀ benda macam itu? Mestilah saya ada pakaiĀ inner topĀ (pakaian dalam yang menutup tubuh),” katanya.

“Amalkan sikap positif dan sebarkan kasih sayang. Semoga anda semua mempunyai hari yang baik,” ujarnya lagi.

Sementara itu, kapsyen yang ditulis oleh pelakon kelahiran Sabah ini juga rata-rata mendapat komen positif daripada pengikutnya, yang meminta Bella untuk terus bersabar dengan andaian dan tohmahan orang ramai itu.