Barah Sudah Dikesan Di Sekitar Saraf Tunjang, Elyana Jalani Rawatan Radioterapi

Penyanyi, Elyana yang pernah mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser limfoma tahap empat bakal menjalani rawatan radioterapi di sebuah hospital  bermula pada Rabu.

Menurut Elyana, rawatan tersebut perlu dilakukan kerana doktor memaklumkan barah limfoma itu sudah dikesan di sekitar saraf tunjangnya.

“Doktor cakap saya punya lymph nodes dah ada kat saraf tunjang, kalau saya tak buat apa-apa boleh menyebabkan lumpuh,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Tak Tercapai Akalmu ini juga memaklumkan ini kali pertama dia bakal menjalani rawatan tersebut memandangkan selama ini dia hanya membuat rawatan kemoterapi antara lima hingga tujuh kali sejak 2014.

Dalam pada itu, Elyana turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan kesihatannya di laman Instagram.

Apa pun, diharapkan semoga Elyana kekal tabah dengan ujian ini dan terus diberi kekuatan serta kesembuhan dalam meneruskan kehidupan.