Babak Sup Bunjut Dalam Drama Nur Semalam Berjaya Mencuit Hati Netizen & Mengujakan Apabila…

///
Comments are Off

Drama rantaian Nur telah mendapat sambutan luar biasa daripada penonton sehingga mencecah 9 juta tontonan dan mempunyai pengikut tersendiri.

Drama lakonan hebat Syafiq Kyle dan Amyra Rosli ini mengisahkan seorang ustaz bertemu jodoh dengan seorang pelacur dan ditentang hebat oleh keluarga sendiri.

Image result for nur sup bunjut

Jalan cerita yang serius ini telah menyebabkan ramai penonton mengalirkan air mata susulan tersentuh akan lakonan hebat daripada pelakon yang berbakat termasuk Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah dan ramai lagi.

Bagaimanapun, semalam ada juga babak yang mencuit hati penonton yang buat peminat tak kering gusi. Mesti ramai akan ingat babak ‘sup bunjut’ ini, kan?

Ekoran daripada tularnya babak tersebut, sebuah syarikat rempah ratus turut memberi respon positif, selain turut mempromosikan drama kegemaran ramai itu.

Drama Nur yang diarahkan oleh penulis skrip terkenal Sharulezad Mohameddin masih lagi ditayangkan setiap hari Isnin sehingga Khamis, bermula jam 10 malam menerusi saluran TV3.