Pelakon, Ayu Raudhah yang juga merupakan adik kepada pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan kini hamil anak ke-empat dan kandungannya kini sudah pun memasuki usia 19 minggu.

Berita gembira tersebut didedahkan oleh Ayu di laman Instagram miliknya hari ini.

Ayu turut meluahkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana impiannya dan suami untuk mempunyai bilangan anak yang ramai dimakbulkan Tuhan dan kini anak perempuannya, Laura Zuleykha bakal menjadi kakak.

Ayu dan suami, Mohd Zaquan telah berkahwin pada 2011 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 5, Muhammad Aisy Aryann, 4 dan  Laura Zuleykha,1.