Baru semalam kita dikejutkan dengan berita penyanyi Aiman Tino dikejarkan Hospital susulan mengalami demam panas yang amat tinggi.

Bagaimanapun, menurut bapa penyanyi Aiman Tino iaitu Yusry Iskhak, anaknya itu mengalami radang usus dan sehingga kini masih menerima rawatan di pusat perubatan swasta di Rawang sejak petang semalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jelas bapanya lagi, keadaan Aiman stabil dan doktor sudah melakukan pemeriksaan lanjut dengan memasukkan kamera ke dalam abdomennya untuk mengetahui lebih terperinci tentang penyakit yang dialami

Sebelum ini, dia memang ada menunjukkan simptom sukar membuang air besar (sembelit). Kemudian, dia demam panas dan tekaknya pula bengkak.

Aiman turut memerlukan rehat yang secukupnya dan akan hanya dibenarkan keluar dari hospital barangkali esok atau lusa.

Minta doakan keadaan dia terus pulih seperti sedia kala. Dia sedang ‘mamai’ sekarang kerana banyak makan ubat. Apapun, doktor kata tiada apa yang perlu dirisaukan namun pemeriksaan lanjut perlu dilakukan agar perkara yang tidak diingini tidak terjadi.

Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Rawang selepas mengalami sakit dalam perut selain tekak bengkak kira-kira pukul 3 petang semalam.