Ada Kulit Limau? Jangan Buang Please!

Tahun baru cina ni mesti ramai akan dapat limau mandarin kan? Sedapnya kalau buat jus minum sejuk-sejuk! Tapi selain daripada kita makan dan minum buah limau tu, Lunaria nak kongsikan  sikit tentang khasiat rahsia yang terkandung dalam kulit limau tu. Antaranya ialah..

ATASI BAU MULUT 

Sumber Gambar: https://www.jelasberita.com

Bau mulut adalah satu benda yang ramai takut terjadi pada mereka!  Apa kata korang cuba kunyah kulit limau yang masih segar tu.. Boleh buat sekerap mungkin sampai hilang bau-bau tak syok tu okay?

MERAWAT BATUK 

Sumber Gambar: https://palapanews.com

Keringkan kulit limau itu selama 15 minit, dan rebus! Lepas tu, jangan lupa tambah halia sikit dan gula merah! Make sure korang minum air tu masih suam ya, barulah tekak rasa lebih selesa!

ASMA 

Sumber Gambar: http://www.gempak.com

Ambil kulit limau, rendam di dalam air panas dan tambahkan sedikit gula untuk rasa manis-manis sikit! Minum ketika suam juga tau! Cara ini akan bantu untuk buka ruang pernafasan korang!

Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini 
Penulis: Lunaria