5 Tip Untuk Dapatkan Waktu Tidur Yang Berkualiti

Selalunya orang kata nak dapatkan waktu tidur yang berkualiti untuk hadapi aktiviti seharian pada esok harinya kena tidur sekurang-kurangnya selama 8 jam.

Tapi perasan tak sesetengah daripada kita tidur lebih dari 8 jam pun masih lagi lemah, pening kepala la, cepat penat la.

Mungkin anda boleh cuba 5 teknik berikut:


1. Ciptakan Ritual Tidur

Anda boleh cuba aktiviti ini dengan luangkan masa sekitar 15-30 minit sebelum tidur dengan mendengar muzik yang ringan, baca buku ataupun manjakan diri dengan berendam di tab mandi berisi air hangat-hangat suam gitu.

2- Suasana Bilik Tidur

Tapi AWAS jangan sesekali jadikan bilik tidur anda sebagai tempat kerja atau hiburan sebab peralatan yang digunakan bakal memberi signal kepada otak anda untuk ‘Tidak Tidur’.

3- Katakan tidak pada kafein & alkohol!
Pemakanan seharian anda juga amat penting seperti kopi, teh, coklat dan minuman soda sebab ia mampu menstimulasi tubuh untuk tetap terjaga. Sebaiknya jangan ambil kafein sekitar 4 sehingga 6 jam sebelum waktu tidur. Begitu juga dengan nikotin dan alkohol.

 4- Bersenam

Cara ini dapat membantu anda tidur dengan lena dan lebih cepat pada waktu malam. Tapi kena ingat, anda perlu jarakkan waktu bersenam dengan waktu tidur.

5- Hadkan Tidur Pada Waktu Petang

Tidur yang panjang dan lama pada waktu siang boleh mengganggu waktu tidur yang sepatutnya terutama bagi mereka yang insomnia atau sukar tidur. Oleh itu, hadkan waktu tidur siang anda selama 10 hingga 30 minit sahaja pada waktu tengah hari.

 

Teks oleh: Amirul Ashraff Jalaluddin

 

Leave a Reply