5 Tip Jimat & Bergaya Ke Sekolah !

5 Tip Jimat & Bergaya Ke Sekolah !

Ibu-bapa mesti sedang buat kira-kira perbelanjaan untuk sesi baru persekolahan anak-anak, kan?

Kami faham sangat, anda mesti nak berjimat-cermat apatah lagi kalau ada anak-anak yang perlukan kelengkapan persekolahan serba baru. Tahu tak, anda sebenarnya tak perlu berkompromi dengan kualiti hanya kerana mahu jimat berbelanja.

Kami ada beberapa tip bijak berbelanja barangan kembali ke sekolah anak-anak tanpa perlu ‘pecah tabung’.

 

Kawal apa yang anak letak dalam bakul pembelia

Anda tak perlu ‘redha’ saja apa yang diambil semasa membeli belah, apa kata lakukan pendekatan tolak ansur? Apabila anak mahu membeli item yang terlalu mahal walaupun ada yang lebih murah, bincang dengan mereka terdahulu adakah barang tersebut satu kemahuan atau keperluan.Bukan sahaja dapat jimat duit sikit, bahkan anak-anak juga boleh belajar berbelanja dengan bijak dan membezakan kemahuan dengan keperluan.

Beli daripada jenama yang berkualiti

Jangan tak tahu, sebenarnya kelengkapan persekolahan yang berkualiti lebih menjimatkan kerana tahan lama, pembuatannya jauh lebih elok dan selesa dipakai. Dan siapa kata korang perlu bayar lebih untuk kualiti? Set baju sekolah Canggih, beg sekolah SWAN dan pensil warna Luna Staedler atau Faber Castell boleh didapatkan dengan harga istimewa di Giant Hypermarket, tau!

 

Buat senarai membeli-belah

Sebelum memulakan pembelian, sediakan senarai barangan yang perlu dibeli dahulu. Dengan cara itu, tak lah ‘terbeli’ lebih daripada apa yang dirancang. Duduk dahulu dengan anak-anak dan bincang bersama-sama apa yang perlu atau tidak perlu dibeli agar masing-masing tahu had bajet. Merancang senarai pembelian juga boleh jadi satu aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga okay!

 

Sediakan had perbelanjaan

Tetapkan had perbelanjaan dan beri anak-anak ‘kebebasan’ untuk membeli keperluan sekolah mereka mengikut bajet itu. Anda kena la disiplin sikit supaya tak ter’over’ bajet pula. Buat kira-kira secara teliti dan pastikan bajet untuk setiap anak adil dan saksama.

 

Pilih pasaraya yang tepat !

Apabila tiba musim pengguna berbelanja untuk keperluan kembali ke sekolah, biasanya gedung-gedung membeli-belah akan berlumba-lumba mengadakan promosi dengan harga yang kompetitif. Tak perlu susah-susah buat perbandingan harga kerana Giant Hypermarket ada semuanya dengan tawaran yang terbaik. Tak percaya? Cuba tengok ni –

Giant Hypermarket sedang mengadakan promosi bergaya ke sekolah yang hebat dengan tawaran serendah RM1. Selain itu, terdapat juga koleksi alat tulis, baju sekolah, kasut sekolah, botol air pada harga diskaun sehingga 50 peratus! Banyak yang anda boleh jimat jika berbelanja barangan Bergaya Ke Sekolah di Giant Hypermarket.
Lagipun, belanja lebih 80 Ringgit, berpeluang menang wang tabung pendidikan bernilai sehingga enam puluh ribu ringgit. Wow, siapa nak bagitu? Apa lagi, mari beli kelengkapan sekolah anak-anak di Giant Hypermarket hari ini. Promosi tamat pada 6 Januari 2019.