20 Juta Tontonan Hadiah Hari Lahir Sufian Suhaimi

Wow! memang hadiah paling bermaknalah kiranya ni. Genap usia 26 tahun, single terbaru Sufian Suhaimi Di Matamu mencatat lebih 20 juta tontonan di YouTube.

Belum sampai dua bulan single ‘berhantu’ itu dipromosikan, impaknya sangat besar lantas mengukuhkan nama Sufian dalam dunia seni suara.

 

Sufian memberitahu, dia tidak menjangka penerimaan peminat terhadap lagu Di Matamu cukup pantas.

“Saya amat bersyukur… Saya harap momentum single terbaharu ini dapat dikekalkan biarpun saya tahu banyak lagu lain bersaing di pasaran.

“Namun, dalam hati, saya mahu lagu ini lebih berjaya berbanding karya yang pernah saya hasilkan. Ini suatu kejayaan yang cukup istimewa sempena hari jadi saya yang ke-26.”

Sehingga semalam, semakan di YouTube mendapati, single Di Matamu yang turut dinyanyikan artis lain, sudah ditonton lebih 20 juta kali. Single yang dikatakan berkisar kisah putus cinta Sufian itu, dicipta Sirkhan dan Rinkarnaen.

 

 

 

Leave a Reply