2 Lagi Finalis Dewi Remaja Tampil Mohon Maaf

Selepas bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee memohon maaf dan memulangkan gelaran berkenaan beberapa hari lalu, tiba giliran dua lagi finalis daripada program realiti televisyen berkenaan iaitu Ernisha dan Fazreen Fazera melakukan perkara yang sama.

Permohonan berkenaan dilakukan merusi laman Instagram rasmi Majalah Remaja hari ini.

Rata-rata pengikut menyokong tindakan berkenaan, selain memberi semangat yang positif terhadap mereka berdua.

Bagaimanapun, mereka turut tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni pada masa akan datang.

Terdahulu, mereka turut terpalit dengan isu penyebaran video di pusat hiburan bersama Haneesya Hanee.

Semoga apa yang berlaku terhadap mereka menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua.